Status Tempahan

Friday, December 21, 2012

Kondo Semarak - Ambil Kunci

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Alhamdulillah, penantian hampir 2 tahun akhirnya berakhir apabila kami menerima kunci kondominium Semarak yang terletak di Batu Caves pada 3 Disember 2012 yang lalu.
 
Ini merupakan aset bersama kami yang pertama dan bukan mudah untuk menjayakannya tetapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
 
Kami bercadang untuk menyewakan unit yang terletak di tingkat 29 ini sebaik selesai urusan pemasangan grill, lampu, langsir dan kabinet dapur.
 
 

Penyerahan stiker kereta dan kunci rumah.
1 unit parking berbumbung disediakan untuk pemilik setiap unit di kondo ini.

 
Kad akses palang dan ke aras unit masing-masing.
Pemilik hanya boleh menaiki lif ke aras masing-masing sahaja.
1 unit tambahan kad adalah berharga RM60.


Tiada sebarang penggunaan elektrik.
Nilainya masih kosong.


Pili air dibuka.


Kali pertama memasuki rumah.

 
Kolam renang khusus untuk kegunaan penghuni kondo.
Kemudahan gimnasium, kedai runcit, kafe dan kedai dobi juga turut disediakan di aras paling bawah.
 


Bangga dengan penerimaan aset pertama.
Seorang lagi adik tiada dalam gambar kerana ada urusan kerja.
Semoga usaha kami ini akan diberkatiNya jua.
 

No comments:

Post a Comment