Status Tempahan

Wednesday, March 27, 2013

Kemudahan di Aras 1

Penyewa boleh menikmati kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di dalam kawasan kondominium iaitu:

1. Mini market - menjual barang-barang keperluan asas harian 



2. Kolam renang - untuk kanak-kanak dan dewasa


3. Kafeteria (7 pagi - 9 malam)


4. Bilik permainan 



 5. Gimnasium



6. Ruang lobi / ruang rehat


7. Jakuzi, sauna, mandi wap, loker



8. Taman permainan


 9. Pondok rehat di tepi kolam


10. Pancuran - sila basahkan diri sebelum terjun ke dalam kolam


11. Surau yang luas


Semua kemudahan ini dapat dinikmati dengan hanya menunjukkan kad akses yang diberikan kepada penyewa sewaktu mendaftar masuk.

Monday, March 18, 2013

Pemandangan Dari Aras 29

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Ini antara pandangan yang dapat dinikmati daripada unit kami.
 



Saturday, March 16, 2013

Kemudahan Kolam Renang

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Pelanggan boleh menikmati kemudahan kolam renang di aras 1.
2 unit pelampung disediakan di dalam unit kami.
 


Friday, March 15, 2013

PROMOSI PEMBUKAAN (MAC - APRIL 2013)

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Alhamdulillah, Bakarians Homestay telah mula beroperasi sejak bulan Mac ini dan pelanggan pertama yang datang daripada Kelantan telah memasuki homestay pada hari ini.
 
Sebagai permulaan, kami menawarkan harga promosi pada kadar RM150/hari sahaja sepanjang bulan Mac hingga April ini.
 
Dengan kadar tersebut, pelanggan akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan seperti berikut:
 
Almari pakaian dan rak tuala di dalam setiap bilik

Bunk bed (bawah saiz queen, atas saiz single) di bilik 3

Sofa di ruang tamu

Meja makan 6 kerusi

Peti ais

Cerek elektrik, Periuk nasi, Ketuhar mikro

Pinggan mangkuk dan peralatan memasak

Arah kiblat

Seterika dan iron board

Katil saiz queen di bilik utama

Sejadah dan kain telekung wanita

Pemasangan grill penuh di ruang balkoni untuk tujuan keselamatan kepada yang membawa anak-anak kecil

Bunk bed di bilik 2

Kad akses penghuni

Di samping itu, pelanggan juga akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan di dalam kawasan kondominium. Ia dapat diakses dengan menunjukkan kad akses penghuni yang diberi semasa mendaftar masuk ke unit berkenaan.

Kemudahan-kemudahan lain yang dimaksudkan dan berada di aras 1 adalah:

- Surau
- Kafe (beroperasi dari pagi hingga 9 malam)
- Kolam renang
- Jakuzi
- Sauna
- Taman permainan
- Parking khusus untuk penghuni

Lokasi homestay:

- 2-3 minit pemanduan ke stesen komuter Batu Caves (boleh parking kereta di situ dan naik komuter untuk ke pusat bandaraya)
- 5 minit pemanduan ke Giant Batu Caves
- 10 minit pemanduan ke Hospital Selayang
- 5 minit pemanduan ke Pasar Borong Selayang
- 10 minit pemanduan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
- 20 minit pemanduan ke pusat bandaraya

Tempahan/Pertanyaan, sila SMS/WhatsApp/hubungi:

Shahrul Amin (0196741063)
Kamaliah Aminah (0127479076)

atau emel bakarianshomestay@gmail.com atau boleh juga klik Like page 'Bakarians Homestay' di Facebook.

Segera tempah untuk menikmati harga promosi tersebut sebelum terlambat!